Sunday, September 14, 2008

PENDAHULUAN

“Bahasa Arab untuk semua”
Tanpa mengira apa status anda, anda sangat perlu belajar bahasa Arab. Ini berlandaskan kepada hadis Nabi yang bermaksud, “Belajarlah bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekelian manusia”. Ini bermakna, selagi anda berstatus manusia, anda perlu belajar bahasa Arab.
Hadis di atas cukup ringkas tetapi padat. Ia membawa pengertian yang cukup besar kepada kita khasnya umat Islam. Suruhan belajar bahasa Arab ini adalah dalam bentuk kata kerja arahan ataupun fi-il amar. Menurut kebanyakan ulama hadis ia membawa hukum wajib.
Dalam hadis ini terdapat dua arahan utama iaitu belajarlah dan ajarkanlah. Ini bererti, kita wajib belajar bahasa Arab. Jika kita sudah pandai bahasa Arab dan mampu menguasainya, kita diarahkan pula agar mengajarkannya kepada orang lain.
Sehubungan itu, terdapat dua golongan utama di sini iaitu sama ada sebagai pelajar atau guru. Anda pilih yang mana satu yang anda mahu. Jika berhadapan dengan orang yang mahir dalam bahasa Arab, maka jadilah seorang pelajar yang mahu menuntut ilmu.
Sebaliknya jika bersama dengan orang yang tidak tahu berbahasa Arab, maka ajarkanlah mereka bahasa Arab. Jika sama-sama tidak tahu ajaklah rakan-rakan anda untuk mencari tempat yang sesuai untuk belajar.
Selain itu, hadis ini juga sebenarnya adalah merupakan suatu motivasi yang amat bermakna kepada guru-guru Bahasa Arab. Sekiranya kita perhatikan ungkapan “ajarkanlah kepada sekelian manusia”. Kita dapati Nabi telah menyediakan suatu pasaran yang cukup luas.
Kita juga mungkin tertanya-tanya kenapa Nabi tidak menyebut “ajarkanlah kepada kaum Muslimin?” Sebaliknya dalam hadis ringkas ini, baginda menyebut “ajarkanlah kepada sekelian manusia”.
Jadi, pasaran pelanggan memang cukup luas. Bahasa Arab adalah untuk semua makhluk bergelar manusia. Selagi seseorang bergelar manusia, maka dia perlu belajar Bahasa Arab. Ini bukan arahan sebarangan. Ini arahan Nabi kepada kita semua.
Cuma persoalannya, bagaimana seseorang guru bahasa Arab dapat meyakinkan orang ramai betapa pentingnya bahasa Arab.
Dalam hal ini, mungkin terlalu ramai di kalangan kita masih belum mengetahui kepentingan bahasa Arab. Jika sudah mengetahui kepentingannya pula ramai juga yang diberitahu bahawa bahasa ini sangat sukar dipelajari. Tidak ramai yang didedahkan dengan kaedah mudah mempelajarinya.
Sehubungan itu, usaha mempromosi kepentingan bahasa Arab dan teknik mudah mempelajarinya perlu diuar-uarkan kepada umum agar kita sama-sama mendepat kebaikan daripadanya.
Sehubungan dengan itu juga,sebagai seorang umat islam dan ilmuan agama khususnya amatlah digalakkan kepada kita untuk mengetahui kisah-kisah para anbiya serta menziarahi bumi anbiya dan para sahabat dimana mereka dilahirkan, sejarah perjuangan mereka serta strategi dakwah mereka agar kita mampu menghayati perjuangan mereka dalam membela islam.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KURSUS

1.Membantu para peserta dalam mempermudah penguasaan bahasa arab dalam berkomunikasi

2.Memperkukuhkan pengetahuan mengenai qawaid seperti nahu,saraf,balaghah dsb.

3.Menjadikan para peserta berani bercakap dalam bahasa arab fushah.

4.Membantu para peserta dalam penguasaan penulisan karangan dsb.

5.Menjadikan para peserta mahir bertutur dalam Bahasa Arab dalam kehidupan.

6.Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai sejarah bumi anbiya.

7.Memberi info kepada para peserta mengenai dakwah serta perjuangan para anbiya dan
para sahabat.

8.Memberi peluang kepada setiap peserta melihat sendiri adat dan budaya masyarakat
arab.

9.Memperkenalkan universiti-universiti di Malaysia kepada rakyat Jordan.

PERINCIAN PROGRAM SEPANJANG KURSUS

1)Belajar bahasa arab di Pusat Bahasa Arab,Universiti Al al-Bayt,Jordan.
-Penulisan
-Pendengaran
-Dialog
-Qawaid Bahasa Arab
-Pembentangan
-Kerja Berkumpulan
*Program Tambahan
-Ulum Hadis
-Tilawah Al-Quran
-Dsb.

(Diajar oleh pensyarah-pensyarah berpengalaman.)


2)Kursus-kursus insentif Bahasa Arab Dan Bicara Siswa
-Muhadasah bersama pelajar Arab
-Latihan dalam kumpulan
-Pembentangan
-Kerja Berkumpulan

(Diadakan sebanyak 2 kali sepanjang program berjalan.)


3)Talaqi Kitab & Al-Quran

-Belajar secara talaqi dengan syeikh
-Belajar tilwah al-quran

(Diadakan di masjid universiti seminggu sekali.)


4)Forum antarabangsa
-Melibatkan beberapa orang peserta bersama perwakilan pelajar dari setiap universiti di Jordan.
-Diadakan di Universiti al Al-Bayt

(Tajuk forum akan diberitahu kemudian)


5)Ziarah ke sekitar tempat bersejarah di seluruh Jordan
-Mengenalpasti sejarah setiap tempat yang diziarahi.
*Makam Ashabul Kahfi
*Makam-makam sahabat
*Ummu Qais
*Ajlun Castle
*Jerash
*Laut Mati
*Petra
*Aqabah
*Wadi Rom
*Amman
*Teater Romania

(Ziarah setiap minggu pada hari Sabtu bersama penyelia ziarah yang ditetapkan oleh pihak Pusat Bahasa)


6)Ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Syiria -Mengenalpasti sejarah tempat-tempat di Syria.
*Makam-makam sahabat
*Suk Hamidi
*Makam –makam pejuang Islam
*Masjid Salehuddin Al-Ayubi
*Bandaraya Damascus

(Ziarah ke tempat-tempat tersebut akan ditemani oleh penyelia program)


7)Ziarah ke Ibu Negara Yaman
-Melihat tempat-tempat bersejarah di “Bab Yaman” yang terletak di ibu kota Yaman dan melihat budaya serta adat resam masyarakat di sana.

(Ziarah sehari pada waktu Transit dan akan ditemani oleh penyelia program yang akan menemani bermula berangkat dari Kuala Lumpur)

JENIS KEGIATAN & kEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

AKTIVITI
1)Belajar
TEMPAT PERLAKSANAAN
Kelas yang dilengkapi komputer, televisyen,alat
pendengaran,penghawa dingin,meja,kerusi,white
board,kaset dan sebagainya.

2)Kursus-kursus intensif Bahasa Arab
Dan Aktiviti Luar Kelas

TEMPAT PERLAKSANAAN
Dewan Universiti yang dilengkapi dengan peralatan
yang mencukupi seperti penghawa dingin,kerusi,meja
dan sebagainya.

3)Talaqi kitab & Al-Quran
TEMPAT PELAKSANAAN
Masjid Bilal Bin Rabah (Universiti)


Kemudahan lain yang disediakan :

1.Padang permainan
2.Asrama dalam kawasan universiti
3.Kantin


SUKATAN PELAJARAN
Sukatan pelajaran ditentukan oleh pihak Pusat Bahasa berdasarkan mutu pencapaian ujian kemasukan yang akan diberi pada permulaan pendaftaran untuk pengagihan kelas.

JAMINAN BAHASA ARAB YANG MANTAP
Pihak penganjur akan sentiasa membantu dalam menyediakan program-program tambahan selain aktiviti dalam kelas kepada para peserta bagi merperkukuhkan lagi bahasa arab di kalangan para peserta.Dan di akhir program,para peserta akan dinilai dengan imtihan kafaah bagi menentukan tahap pencapaian peserta dalam bahasa arab.Oleh yang demikian komitmen padu dari setiap peserta amatlah diharapkan bagi mencapai matlamat untuk menguasai bahasa arab sepanjang program ini berlansung.

KESELAMATAN SEPANJANG PROGRAM
Keselamatan peserta sepanjang program dijamin oleh pihak penganjur dan pihak Universiti dan setiap peserta dikehendaki mengambil perkhidmatan insurans yang telah disediakan oleh pihak Universiti yang termasuk dalam pakej.

JADUAL AKTIVITI SEPANJANG KURSUS

MINGGU PROGRAM
PERTAMA
Ahad – Khamis~ Belajar seperti biasa
Jumaat~ Acara di Dewan
Sabtu~ Ziarah Jordan

KEDUA
Ahad – Khamis~ Belajar seperti biasa
Jumaat~ Aktiviti beba
Sabtu~ Ziarah Jordan

KETIGA
Ahad – Khamis~ Belajar seperti biasa
Jumaat~ Aktiviti bebas
Sabtu~ Ziarah Jordan

KEEMPAT
Ahad – Khamis~ Belajar seperti biasa
Jumaat~ Acara di Dewan
Sabtu~ Ziarah Jordan

KELIMA
Ahad – Khamis~ Belajar seperti biasa
Jumaat~ Aktiviti di dalam Dewan
Sabtu~ Ziarah Jordan

KEENAM
Ahad – Khamis~ Belajar seperti biasa
Jumaat~ Aktiviti di dalam Dewan
Sabtu~ Ziarah Jordan


KETUJUH
Ahad – Khamis~ Belajar seperti biasa
Jumaat~ Aktiviti bebas
Sabtu~ Ziarah Jordan

KELAPAN
Ahad –Rabu~ Minggu persediaan untuk ujian akhir dan majlis
Konvokesyen.
Khamis-Sabtu~ Ziarah Syria
Ahad~ Berangkat ke Malaysia


Makluman :
1) Aktiviti talaqi dan kelas tilawah akan dilakukan selepas solat Magrib seminggu sekali.
2) Kursus intensif bahasa arab,bicara siswa,forum dsb adalah merupakan aktiviti dalam dewan.
3) Segala aktiviti tambahan bagi memantapkan bahasa arab di kalangan peserta akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh pihak penganjur dan tidak terikat kepada jadual yang telah ditetapkan.
4) Jadual lengkap mengenai program akan diberi kepada setiap peserta semasa pendaftaran.

KOS KURSUS UNTUK SETIAP PESERTA

( YAMAN + JORDAN + SYIRIA )

A)PROGRAM BELAJAR BAHASA ARAB DI PUSAT BAHASA ARAB
UNIVERSITI AL al-BAYT,JORDAN.

Kos meliputi :

a)Yuran pengajian
b)Tempat tinggal untuk 2 bulan ( asrama )
c)Makan minum 3 kali sehari sepanjang tempoh program
d)Buku pelajaran
e)Bas ambil dan hantar ke airport
f)Kad matrik
g)Medical Check- Up di Jordan & Insurans
h)Majlis Konvokesyen
i)Ziarah mingguan ke seluruh kawasan bersejarah di Jordan
j)Hotel serta makan minum sepanjang ziarah
k)Bayaran tempat masuk ke kawasan yang diziarahi
l)Majlis sambutan pelajar

JUMLAH KOS UNTUK PROGRAM BELAJAR BAHASA ARAB DAN ZIARAH KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI SELURUH JORDAN ADALAH : RM 7000


B) ZIARAH KE SYRIA ( DAMASCUS )
Kos meliputi :
a)Pengangkutan pergi dan balik
b)Hotel
c)Makan dan minum
d)Cukai keluar Jordan

JUMLAH KOS UNTUK ZIARAH KE SYRIA ADALAH : RM 750


C) TIKET KAPAL TERBANG PERGI DAN BALIK


Kos meliputi :

a)Pengangkutan pergi ke Jordan dan balik ke Malaysia ( 2 hala )

KOS UNTUK TIKET KAPAL TERBANG 2 HALA ADALAH : RM 3500
***Para peserta akan dibawa jalan-jalan ke ibu Negara Yaman ( Sana’a ) semasa transit.

D) KOS PENGURUSAN ADALAH : RM 1500


JUMLAH KESELURUHAN KOS PAKEJ ADALAH : RM 12 750
( RINGGIT MALAYSIA DUA BELAS RIBU TUJUH RATUS LIMA PULUH )

JADUAL UMUM PELAKSANAAN

Ogos
-Penyerahan proposal kepada setiap persatuan pelajar universiti-
universiti di Malaysia.

September-November

-Proposal yang diserahkan dibincang oleh perwakilan persatuan
pelajar kepada pihak unversiti masing-masing.
-Proposal di iklankan kepada pelajar unversiti masing-masing.

Disember
-Pendaftaran nama bagi pelajar-pelajar yang berminat kepada
perwakilan persatuan pelajar di unversiti masing-masing.
-Penyerahan salinan passport (bahagian maklumat).

Januari
-Penyerahan nama kepada pihak pengurusan program oleh perwakilan
persatuan pelajar universiti masing-masing.
-Pembayaran dibuat melalui JABATAN PENUNTUT MALAYSIA, JORDAN.

Februari
-Pembelian tiket kapal terbang untuk para peserta oleh pihak
pengurusan program.

Mac
-Urusan pihak pengurus program bersama pihak unversiti.

April (akhir)

-Taklimat sebelum berangkat oleh pihak pengurusan kepada semua
peserta di tempat yang akan ditetapkan.
-Para peserta mendapatkan visa di Kedutaan Besar Jordan di
Malaysia.

Mei
-Berangkat ke Jordan dan akan ditemani oleh pihak pengurusan
program.
-Ziarah ibu Negara Yaman ( San’a )
-Program bermula.

Jun
-Program berjalan seperti biasa.
-Ujian akhir.
-Konvokesyen.
-Ziarah Syiria.
-Berangkat ke Malaysia.

AHLI JAWATANKUASA KURSUS

PENASIHAT : USTAZ HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL
(Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan)

PENGARAH : HAFIZUL BIN RASDI
(Mahasiswa Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Fiqh & UsulFiqh)
-Perwakilan Pelajar Malaysia Dalam Majlis Pelajar
Antarabangsa Universiti Al al-Bayt,Jordan.


TIMBALAN PENGARAH : ABDUL MANAN BIN AHMAD HAFID
(Mahasiswa Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Fiqh &Usul Fiqh)
-Ahli Majlis Eksekutif MPPM Sesi 2008/2009